Search this site
Embedded Files
CUEPACS CARE Medical Card Penjawat Awam
  • Home
  • Medical Card
  • Takaful Kemalangan
  • Estimate
  • Daftar
  • Kelayakan
  • Muat Turun
CUEPACS CARE Medical Card Penjawat Awam
  • Home
  • Medical Card
  • Takaful Kemalangan
  • Estimate
  • Daftar
  • Kelayakan
  • Muat Turun
  • More
    • Home
    • Medical Card
    • Takaful Kemalangan
    • Estimate
    • Daftar
    • Kelayakan
    • Muat Turun
LinkFacebookLinkYouTubeTikTok

Quotation

Daftar

Hubungi Agen

Pertanyaan

  • Berikut adalah pilihan pelan bagi Medical Card Penjawat Awam jenis keluarga. 

  • Pelan jenis keluarga mampu melindungi anda, pasangan anda dan semua anak anda (bawah had umur, belum berkahwin dan belajar sepenuh masa)

  • Pelan Keluarga mempunyai harga pukal, dimana tak kira berapa ramai anak ditambah kedalam polisi, harga kekal sama mengikut harga pelan. 

  • Berikut adalah pilihan pelan bagi Medical Card Penjawat Awam jenis individu. Klik gambar dibawah untuk dapatkan quotation automatik bagi mana-mana produk dibawah

  • Pelan jenis individu hanya melindungi diri sendiri (penjawat awam).

  • Klik gambar dibawah untuk dapatkan quotation automatik bagi mana-mana produk dibawah

SKOP PERLINDUNGAN TAKAFUL PENGHOSPITALAN & PEMBEDAHAN (CUEPACSCARE/CUEPACSCAREPLUS)

CUEPACSCARE(CC) / CUEPACSCAREplus (CC+) adalah pelan takaful Penghospitalan & Pembedahan (Medical Card P&P) kelompok  bersyarat dari Syarikat Medicare Assistance Sdn. Bhd. melalui pengendali Takaful FWD Takaful Berhad terhad untuk ahli naungan CUEPACS iaitu Penjawat Awam sahaja

 

Medical Card P&P memberi perlindungan kewangan terhadap kos-kos rawatan di Hospital Pakar Swasta seluruh Negera.

 

Rawatan jenis penyakit dan pembedahan, biasanya melibatkan juga tambahan kos pra, dan pasca penghopitalan seperti perkhidmatan diagnosis, caj rundingan Dr Pakar dan rawatan susulan.

 

Tempoh rawatan pra dan pasca penghospitalan bagi CC adalah selama 30 hari manakala CC+ adalah 60 hari. Kos-kos ini boleh dituntut secara pay & claim hanya jika penghospitalan diluluskan oleh pihak pengendali Takaful.

CARA GUNA MEDICAL CARD (BUKAN KES KECEMASAN)

Tak kira pelan apa yang anda gunakan, objektif utamanya adalah untuk bantu kita dapatkan rawatan yang kita perlukan dengan segera di Hospital Pakar pada kadar bulanan yang mampu milik


Walaupun penjawat awam layak dapatkan rawatan secara percuma di H. Kerajaan, masih ada keperluan untuk ada at least 1 mc


Ada yang gunakan untuk dapatkan ujian diagnosis yang cepat


Ada juga yang inginkan keselesaan dan khidmat terbaik dari Hospital Pakar Swasta


Anak anda juga boleh dapatkan rawatan dengan segera di saat-saat memerlukan

SENARAI HOSPITAL PANEL BAGI CUEPASCARE

Terdapat 2 jenis kaedah pembiayaan iaitu kaedah Guarantee Letter (GL) dan Pay&claim.


Dengan GL, rawatan perlu diluluskan oleh Medicare terlebih dahulu dan segala kos rawatan yang dilindungi akan dibayar terus oleh Medicare, cuma anda perlu mendahulukan deposit hospital (tidak lebih RM300) yang akan dipulangkan selepas discaj


Pay&Claim pula bermakna kita bayar dulu kos rawatan dan tuntut semula dari Medicare dengan isi borang


Kaedah GL cuma boleh dibuat di Hospital Panel sahaja


Rawatan di Hospital bukan panel juga dibenarkan tetapi pembiayaan adalah melalui pay&claim sahaja


Kaedah GL sangat digalakkan untuk elakkan caj2 tambahan


Namun, bagi kes emegency, jalankan rawatan terlebih dahulu-biasanya dengan membayar deposit yang pihak hospital tentukan. GL akan diproses semasa rawatan

SENARAI PENGECUALIAN

Semua penyakit dilindungi kecuali yang dinyatakan di atas. saya rumuskan.


P1

Pendaftaran tak perlu medical check up tapi anda perlu mengistiharkan secara jujur penyakit anda. 

Penyakit berkenaan akan dikecualikan dari polisi.Tapi pemohon masih dilindungi untuk penyakit lain. 

Penyakit biasa seperti demam panas tidak termasuk dalam kategori ini


P2

Ada penyakit tertentu, perlu tunggu 120 hari selepas polisi aktif baru cover. Kalau simptom muncul sebelum 120 hari,ia dianggap penyakit sedia ada


P3

Perlu tunggu 30 hari selepas polisi aktif sebelum boleh guna untuk warded. Waiting period 30 hari tidak terpakai untuk kes kecemasan


Tak cover:

prosedur kosmetik P4

mata P5 

gigi P6 

hamil P9

suicide P10 

perang *P11

sleep apnea P15 

tukar jantina P16

Barang non-medical P18

Kecederaan dari aktiviti jenayah P19&20

penyakit kelamin P22

rawatan learning disabled P23 

Kaedah Pembayaran Bulanan bagi Takaful CUEPACS

Untuk produk Takaful Kelompok dibawah Medicare, semua permohonan perlu melalui permohonan pemotongan gaji dari biro angkasa


Biro angkasa biasanya mengambil-kira beban hutan dalam slip gaji sebelum meluluskan permohonan. Penolakan gaji kurang pada 60% biasanya akan diluluskan


Jika permohonan tidak diluluskan, anda ada pilihan samaada untuk membatalkan permohonan, atau teruskan langganan dengan cara bayaran debit tahunan


Untuk proses potong gaji, borang BPA1/79 (borang biro angkasa) perlu diisi dan disahkan oleh ketua jabatan. Biasanya pihak sumber manusia/kewangan pejabat anda akan proseskan borang ini.

Agihan Caruman Bulan mengikut pelan

Takaful Patuh Syariah


Terdapat 12 syarikat pengendali Takaful yang mempunyai lesen takaful Famili dan berdaftar & diselia oleh Bank Negara Malaysia


Produk Takaful CUEPACS adalah dibawah syarikat Zurich Takaful dan FWD Takaful : iaitu antara yang tersenarai sebagai pengendali takaful patuh syariah


Syarikat diselia panel syariah negara yang memastikan semua produknya bebas Riba, Maisir(judi), dan gharar(keraguan)


Takaful didirikan daripada 5 jenis kontrak syariah iaitu Tabarru (sedekah), Ishtirak (kerjasama), Tawthiq (jaminan), Tafwiq (Agen) dan Ijarah (sewaan)

Perbandingan Pelan CUEPACSCARE vs CUEPASCareplus

Skop perlindungan adalah sama iaitu melindungi rawatan jenis penyakit, pembedahan, dialisis, kanser dan Kemalangan. Cuma had tempoh bagi rawatan pra- & pasca- penghospitalan adalah 30 hari bagi CC dan 60 hari bagi CC+

 

Terdapat satu kenaikan harga bulanan apabila pemohon lebih umur 56 tahun iaitu menjadi RM 69 / 174 (individu/Keluarga). Bagi CC+ pula, tiada kenaikan harga sepanjang tempoh polisi.

 

Pelan individu melindungi diri sendiri sahaja manakala pelan keluarga melindungi diri sendiri, pasangan dan semua anak dibawah umur 23 tahun bagi CC / 22 tahun bagi CC+. Had tahunan dikongsi bersama bagi pelan keluarga

JADUAL MANFAAT PENGHOSPITALAN & PEMBEDAHAN (CUEPACSCARE/CUEPACSCAREPLUS)

Dilampirkan penelitian manfaat produk. Nilai yang dinyatakan adalah had bagi manfaat tersebut. Contohnya Untuk CC Pelan individu, had harian untuk bilik hospital adalah RM150 semalam, jadi jika kos bilik lebih had, lebihan berkenaan perlu dibayar sendiri

 

Frasa ditanggung mengikut kos sebenar yang dikenakan masih terhad kepada had maksimum dan had tahunan keseluruhan.

 

Had maksimum merujuk kepada had tuntutan maksimum yang boleh dituntut untuk satu kes ketidakupayaan. Contohnya bagi pelan CC, jika kos pembedahan melebihi had maksimum RM20,000 kos tambahan tidak akan dilindungi. Bagi kes rawatan melebihi had, pemohon boleh teruskan rawatan di Hospital Kerajaan melalui GL (percuma) dan buat tuntutan elaun harian dan kos pra-penghospitalan

 

Had tahunan merujuk kepada had tuntutan maksimum yang boleh dibuat setiap tahun. Bilangan tuntutan adalah tanpa had selagi belum melebihi had tahunan. Had tahunan pelan keluarga dikongsi semua yang dinamakan Pelan keluarga

(260123)Updated_Slide Taklimat - CuepacsCare CuepacsCarePlus 26012023 (1).pptx

Back To Top

Back To Main

HUbungi Kami
016-5693478cuepacscarefwd@gmail.comTestimoni (Telegram) Kami
Media Social Kami
Facebook KamiTik-Tok KamiYoutube KamiInstagram Kami
Pautan Rujukan
CUEPACSCARECUEPACSCAREPLUSCUEPACS PAMYPOLISPA
Google Sites
Report abuse
Page details
Page updated
Google Sites
Report abuse