Tahniah diucapkan kepada penjawat awam yang telah melanggan produk takaful terutamanya medical card, CUEPACSCARE/CUEPACSCAREPlus dan Takaful Kemalangan Diri, CUEPACS PA/MYPOLIS PA.
Namun, perjalanan anda untuk melindungi keluarga masih belum tamat. Masih ada lagi risiko-risiko yang mungkin berlaku dan jika kita tidak bersedia untuk menghadapi malapetaka kewangan berikut, kelangsungan hidup kita mungkin terganggu.
Medical Card melindungi kita dari bil rawatan yang tinggi
CUEPACS PA beri pampasan ketika kita terlibat dengan kemalangan
Namun begitu, anda masih terdedah akan risiko:
Kematian - waris anda akan hilang punca rezeki
Penyakit kritikal - Anda tidak dapat bekerja dan cari rezeki
Kelumpuhan - Pasangan anda juga terpaksa berhenti kerja untuk jaga anda
Tetapi, terdapat banyak produk takaful di luar sana yang mampu melindungi risiko-risiko yang admin sebutkan tadi. Contohnya hibah takaful. Berminat nak dengar? pm admin di
📱https://wa.me/+60165693478?text=Hibah%20Takaful
Kadang tu, kita memang dh buat keputusan nak ambil medical card dengan CUEPACS ni. tapi sekarang ni, dah makin banyak pelan yang ada
Mana satu ya nak pilih?
Ok, hari ni admin share jadual kelebihan produk masing-masing
CUEPACSCare dan CUEPACSCAREPlus ni, kedua-dua ada kebaikannya. Terpulanglah kepada kita untuk menilainya
Yang penting, daftar dulu. Nak tunggu polisi aktif pun ambil masa 3 bulan. Jadi nasihat admin, Dah habis baca ni, tarik nafas, fikir panjang-panjang, dan buat keputusan. Jangan ditangguh lagi, takut menyesal nanti
Produk Takaful Khas untuk Penjawat Awam dari CUEPACS - Medicare
Terdapat 12 syarikat pengendali Takaful yang mempunyai lesen takaful Famili dan berdaftar & diselia oleh Bank Negara Malaysia
Produk Takaful CUEPACS adalah dibawah syarikat Zurich Takaful dan FWD Takaful : iaitu antara yang tersenarai sebagai pengendali takaful patuh syariah
Terdapat 2 konsep digunakan dalam produk takaful:
1) Wakalah iaitu perwakilan
2) Tabarru iaitu derma
Sejak diperkenalkan Pelan Takaful Penghospitalan dan Pembedahan , CUEPACSCARE Plus, lebih seribu orang telah mendaftar pelan ini, dari seluruh Malaysia dikalangan penjawat awam.
Kini, pemegang polisi CUEPACSCARE boleh memohon untuk upgrade pelannya ke pelan CUEPACSCAREPlus bagi pelan keluarga dan juga pelan individu.
Upgrade bukan paksaan, dan pemegang polisi ada hak samaada ingin kekal dengan polisi lama atau upgrade ke CC+ Manfaat A atau B. Tapi, sebelum upgrade tu, baca dulu info diatas supaya anda buat keputusan yang tepat
Nak Upgrade?
📱https://wa.me/+60165693478?text=Upgrade%20Polisi
Berikut adalah pilihan pelan bagi produk takaful dari Medicare. Terdapat 2 jenis produk iaitu Pelan Takaful Penghospitalan & Pembedahan (Medical Card) & Pelan Takaful Kemalangan Diri(PA). Boleh pilih salah satu atau kedua-duanya.
CUEPACSCare Pelan Individu (Pemohon dibawah umur 56 Tahun),RM40:
CUEPACSCare Pelan Keluarga (Pemohon dibawah umur 56 Tahun),RM106:
CUEPACSCare Pelan Individu (Pemohon diatas umur 56 Tahun),RM69:
CUEPACSCare Pelan Keluarga (Pemohon diatas umur 56 Tahun),RM174:
CUEPACSCare Plus Pelan Individu [Manfaat A],RM53:
CUEPACSCare Plus Pelan Individu [Manfaat B],RM117:
CUEPACSCare Plus Pelan Keluarga [Manfaat A],RM150:
CUEPACSCare Plus Pelan Keluarga [Manfaat B],RM234:
Pilih Pelan Takaful Kemalangan Diri yang ingin didaftarkan (✓) :-
CUEPACS PA Pelan A (RM6 sebulan/peserta):
CUEPACS PA Pelan B (RM12 sebulan/peserta):
MYCUEPACSPA Pelan A (RM8 sebulan/peserta):
MYCUEPACSPA Pelan B (RM16 sebulan/peserta):
Pihak kami ada sediakan database automatik yang mengandungi pelbagai info dan soalan-soalan lazim berkenaan produk kami. Klik pautan dibawah untuk mengakses database berkenaan
https://wa.me/+60165693478?text=Database%20Request
Terus ke pautan mendaftar di https://www.takafulcuepacscare.com/daftar
Jom kita bandingkan produk apa yang pihak Medicare ada sediakan bagi Penjawat Awam.
1) Pelan Takaful Penghospitalan & Pembedahan (Medical Card)
2) Pelan Takaful Perlindungan Kemalangan Diri
Tiada paksaan dalam pemilihan produk, boleh ambil (1), (2) atau kedua-duanya serentak.
Untuk dapatkan anggaran bayaran bulanan, sila klik pautan dibawah
https://www.takafulcuepacscare.com/estimate
MYPOLISPA dilancarkan pada hujung tahun 2022 khas untuk anggota beruniform yang bertugas dengan senjata.
Seperti yang kita maklum, CUEPACS PA adalah pelan perlindungan kemalangan diri yang melindungi peserta yang didaftarkan sepanjang masa termasuk waktu bekerja dan luar waktu bekerja
Tetapi, CUEPACS PA ada limitasi kerana anggota beruniform yang bersenjata yang mengambil pelan ini, menanggung suatu kerugian kerana mereka tidak dilindungi semasa bekerja akibat hazard pekerjaan berkenaan
Pihak Medicare telah ambil maklum keluhan ini dan telah merangka pelan baru yang lebih sesuai untuk golongan berkenaan. Jadi Pelan CUEPAC PA dikhaskan hanya untuk yang bekerja sebagai Polis.
Dengan tambahan RM 2 daripada harga asal, MYPOLISPA dapat beri perlindungan 24jam sepertimana pelan CUEPAC PA untuk penjawat awam biasa.
Tambahan RM2 hanya dikenakan kepada individu bekerja polis, jika pasangan bukan polis, caj adalah seperti biasa
Baca lebih lanjut di https://www.takafulcuepacscare.com/takaful-kemalangan
BIla kita sebut Takaful Kelompok dari CUEPACS, ramai orang bayangkan hanya CUEPACSCare. Sebenarnya ada beberapa produk lain selain itu. Yang selalu kita dengan, CUEPACSCare dan CUEPACS PA itu adalah pelan takaful kelompok khas untuk yang dibawah CUEPACS. Produk ni dari dikendalikan oleh Medicare Assitance SDN. BHD dengan underwriter takaful FWD & Zurich. Ini produk yang admin jual di page ini.
Namun begitu, ada juga produk lain diluar sana, yang khas untuk CUEPACS juga iaitu pelan CUEPAC Etiqa Mutiara Plus dan CUEPACSC Living Care dari syarikat KDS Health Care Plus & RL Maju Sinar
Terma Takaful Berkelompok CUEPACS bukanlah terhad kepada CUEPACSCare/PA sahaja, tapi sebenarnya mana-mana syarikat boleh merangka polisi kelompok untuk dijual dengan kebenaran CUEPACS.
Maksud kelompok hanyalah bermakna semua yang berdaftar dibawah skim itu, menggunakan satu master policy yang sama. dan segala urusan khidmat pelanggan adalah diuruskan oleh syarikat yang merangka dan menyelenggara polisi kelompok berkenaan
Pengguna yang bijak haruslah peka dengan pelan apa yang mereka ada. Admin ada jumpa yang dah bertahun bayar caruman bulanan tapi tak pernah ambil tahu apa polisi yang mereka bayar sebenarnya, malahan ada yang silap syarikat pun ada
Untuk semak pelan sedia ada, jika berdaftar dengan produk dibawah Medicare, pihak admin ada menyediakan khidmat penyemakan status pelan. Tekan link bawah untuk semak
https://www.takafulcuepacscare.com/
Pelan Takaful Penghospitalan dan Pendedahan dari Medicare ada 6 jenis:-
1) CUEPACSCARE Pelan Individu
1) CUEPACSCARE Pelan Keluarga
3) CUEPACSCAREPlus Pelan Individu Manfaat A
4) CUEPACSCAREPlus Pelan Individu Manfaat B
5) CUEPACSCAREPlus Pelan Keluarga Manfaat A
6) CUEPACSCAREPlus Pelan Keluarga Manfaat B
Pelan Individu melindungi diri sendiri sahaja
Pelan Keluarga melindungi diri sendiri, pasangan dan semua anak bawah umur 23 tahun
Bagi Pelan Keluarga, Had Tahunan dikongsi bersama oleh semua ahli yang dinamakan dalam polisi
Admin letak spesifikasi sebelah-sebelah. senang tuan/puan nak bandingkan dan pilih yang sesuai dengan pinggang sendiri.
Nak daftar? klik pautan ini https://wa.me/+60165693478?text=Daftar%20Pelan
Seramai 120,000 penjawat awam telah berdaftar dengan Medicare dengan jumlah tuntutan sehingga RM440 Juta dari Pelan Takaful Penghospitalan & Pembedahan, CUEPACSCARE.
Dengan pengenalan pelan takaful CUEPACSCAREPlus, ramai yang tertanya-tanya patutkan mereka ubah pelan atau kekalkan di pelan yang sama
Dilampirkan perbandingan kadar bayaran bagi setiap pelan untuk dibandingkan.
Bagi pelan CC, akan ada kenaikan ketika mencecah umur 57 tahun, manakala harga bulanan bagi CC+ kekal sehingga polisi tamat
Had kes bagi setiap kemasukan juga dinaikkan dari RM20k untuk CC ke 50k/100k bagi CC+. Begitu juga dengan had tahunan.
Namun begitu, kos juga meningkat hampir 50% jika ingin upgrade ke pelan CC+
Permohonan untuk upgrage pakej boleh dibuat bermula Bulan Mac 2023.
Dapatkan makluman terkini tentang permohonan dengan menyertai group hebahan telegram di https://t.me/+NvFt_KhHcTdjZDhl
Baru-baru ini Medicare ada perkenalkan CUEPACSCAREPlus iaitu extension daripada pelan takaful penghospitalan dan pembedahan yang sedia ada sebelum ini, iaitu CUEPACSCare
Secara general, kedua-dua produk adalah medical card, khas untuk penjawat awam sahaja, untuk digunakan bagi rawatan di Hospital Pakar Swasta di seluruh Malaysia
Rujuk rajah dibawah untuk penelitian lebih lanjut berkenaan fungsi dan manfaat CUEPACSCARE & CUEPACSCAREPlus kepada penjawat awam, terutamanya yang telah berumah tangga dan mempunyai anak.
Berminat?
Klik pautan dibawah untuk dapatkan maklumat lebih lanjut
https://wa.me/+60165693478?text=Medical%20Card%20Penjawat%20Awam
Pihak Medicare dan CUEPACS telah menyediakan 2 jenis produk Takaful khas untuk penjawat awam iaitu Pelan Takaful Penghospitalan & Pembedahan (Medical Card) dan Pelan Perlindungan Kemalangan.
CUEPACSCare, adalah salah satu pelan di bawah Pelan Takaful Penghospitalan & Pembedahan (Medical Card) berkenaan. Atas sambutan hangat dari penjawat awam, pihak Medicare telah memperkembangkan skop perlindungan untuk memberi fleksibiliti kepada penjawat awam bagi memilih pelan yang sesuai dengan situasi lain-lain individu. Selari dengan visi berkenaan, takaful kelompok CUEPACSCare Plus telah dirangka dan boleh mula digunakan oleh penjawat awam sekarang.
Berikut adalah jadual perbandingan antara CUEPACSCare & CUEPACSCarePlus.
Produk Takaful Penghospitalan & Pembedahan dari Medicare-CUEPACS kerap menjadi pilihan bagi medical card dikalangan penjawat awam.
Ramai yang memilih CUEPACSCare disebabkan:
1. Harga bulanan yang mampu-bayar
2. Tiada medical check up diperlukan
3, Kadar yang sama tidak kira jumlah anak bagi pelan keluarga
Dengan harga sedemikian, terdapat beberapa kekurangan yang tidak dapat memenuhi kriteria sebahagian golongan penjawat awam yang menginginkan had perlingan yang lebih tinggi lagi. Ini antara maklumbalas yang sering pihak Medicare terima yang menjadi kekangan utama bagi sesetengah golongan untuk mengambil produk CUEPACSCare.
Oleh demikian, selari dengan misi mycuepacscare yang ingin mentakafulkan semua penjawat awam, pihak Medicare telah merangka pelan polisi kelompok yang diluaskan had tahunan, had kes, had bilik hospital bulanan dan beberapa perkara lagi,
CUEPACSCare Plus menyediakan sebanyak empat jenis pelan iaitu 2 pelan individu (Manfaat A & Manfaat B), dan 2 pelan keluarga (Manfaat A dan B). Dilampirkan pilihan pelan bagi CUEPACSCare Plus untuk rujukan.
Daftar sekarang dengan menekan pautan di bawah https://wa.me/+60165693478?text=Daftar%20CUEPACSCAREPlus
Keunikan Takaful CUEPACSCare adalah kebebasan peserta. Peserta boleh membuat semua urusan dengan sendiri tanpa campur-tangan agen.
Disediakan, dalam link di bawah senarai borang-borang yang pemegang polisi perlu gunakan sepanjang melanggan polisi dengan Medicare.
Berikut adalah senarai dokumen yang disediakan:
1) Risalah CuepacCare
2) Risalah CuepacsPA
3) Pendaftaran secara atas talian
4) Borang Permohonan Pendaftaran Program Takaful Penghospitalan & Pembedahan CUEPACSCare
5) Borang Permohonan Pendaftaran Program Takaful Kemalangan Diri CUEPACS PA
6) Surat Kebenaran Potongan Gaji Melalui Angkasa
7) Borang Tuntutan & E-Pembayaran (CUEPACSCare)
Borang Tuntutan & E-Pembayaran (CUEPACSPA)
9) Borang Penambahan Ahli (CUEPACSCare)
10) Borang Permohonan Perubahan Alamat,Perubahan Nama/Kad Pengenalan,
11) Permohonan kad gantian (CC&PA)
12) Templete Surat Pembatalan Polisi
13) Templete hebahan pamplete CUEPACSCare
14) Templete Permohonan Pengesahan Ketua Jabatan (untuk Borang Angkasa)
**Untuk mendaftar sendiri tanpa gangguan agen, muat turun dokumen 4(CUEPACSCare)/5(CUEPACS PA) dan 6(Borang Angkasa). Dokumen berkenaan harus diisi dan ditandantangani oleh pemohon dan ketua jabatan. Panduan mengisi ada disertakan dalam dokumen berkenaan
Pelan Takaful Penghospitalan dan pembedahan khas hanya untuk Penjawat Awam
Hasil kerjasama CUEPACS dan Medicare, CUEPACSCare adalah skim takaful jenis kelompok (skim keluarga) yang mempunyai struktur dan kadar yang sama tidak mengira pangkat, jawatan dan tahap kesihatan.
Antara kelebihannya adalah:
✅ Individu + Pasangan + Semua anak (tiada had) ❗RM106 sebulan sahaja
✅ Tidak perlu medical check-up
✅ Bayaran bulanan mudah melalui potongan gaji (Biro Angkasa)
✅ Perlindungan sehingga RM 60,000 setahun untuk Hospital Swasta
✅ Elaun tunai harian RM50 jika masuk Hospital Kerajaan
Daftar sekarang dengan mengetik pautan di bawah https://www.takafulcuepacscare.com/daftar
JENIS-JENIS TUNTUTAN PROGRAM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI CUEPACS (PA) : JENIS 5
Tuntutan jenis 5 boleh dibuat sebagai Elaun perjalanan mingguan untuk ahli keluarga melawat peserta semasa anda di hospital
Bagi pelan A, manfaat adalah sebanyak RM50 seminggu dengan had RM500 manakala bagi pelan B, manfaat adalah sebanyak RM100 seminggu dengan had RM1,000
Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan. Borang tuntutan boleh diperolehi di https://www.takafulcuepacscare.com/muat-turun
Lengkapkan senarai semak di bawah. Dokumen lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:
CUEPACSCARE4U SOLUTIONS SDN BHD
B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania,
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa,
41200 Klang, Selangor
Untuk mempercepatkan proses tuntutan anda, sila pastikan dokumen anda lengkap dan hubungi Pusat Khidmat Tuntutan di 03-3371 4248
JENIS-JENIS TUNTUTAN PROGRAM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI CUEPACS (PA) : JENIS 4
Tuntutan jenis 4 boleh dibuat sebagai manfaat pendapatan tunai harian semasa penghospitalan di mana-mana hospital kerajaan
Bagi pelan A, manfaat adalah sebanyak RM100
sehari dengan had RM2,000 manakala bagi pelan B, manfaat adalah sebanyak RM100 sehari dengan had RM3,000
Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan. Borang tuntutan boleh diperolehi di https://www.takafulcuepacscare.com/muat-turun
Lengkapkan senarai semak di bawah. Dokumen lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:
CUEPACSCARE4U SOLUTIONS SDN BHD
B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania,
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor darul Ehsan
Untuk mempercepatkan proses tuntutan anda, sila pastikan dokumen anda lengkap dan hubungi Pusat Khidmat Tuntutan di 03-3371 4248
JENIS-JENIS TUNTUTAN PROGRAM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI CUEPACS (PA) : JENIS 3
Tuntutan jenis 3 boleh dibuat untuk Pembayaran balik bagi belanja perubatan akibat dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta (termasuk perubatan, pembedahan, rundingan doktor, sinar-x, ujian makmal, caj bilik dan makan, dll) had perlindungan adalah RM3,000:RM5,000/Pelan A:Pelan B
Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan. Borang tuntutan boleh diperolehi di https://www.takafulcuepacscare.com/muat-turun
Lengkapkan senarai semak di bawah. Dokumen lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:
CUEPACSCARE4U SOLUTIONS SDN BHD
B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania,
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor darul Ehsan
Untuk mempercepatkan proses tuntutan anda, sila pastikan dokumen anda lengkap dan hubungi Pusat Khidmat Tuntutan di 03-3371 4248
JENIS-JENIS TUNTUTAN PROGRAM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI CUEPACS (PA) : JENIS 2
Tuntutan jenis 2 boleh dibuat apabila berlaku :-
a) Kelumpuhan Menyeluruh dari leher ke bawah atau ketidakwarasan, yang melayakkan tuntutan sehingga (RM220,000:RM440,000/Pelan A:Pelan B)
b) Hilang Upaya Kekal (Mengikut Skala) yang melayakkan tuntutan sehingga (RM110,000:RM220,000/Pelan A:Pelan B)
dengan syarat diakibatkan oleh KEMALANGAN.
Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan. Borang tuntutan boleh diperolehi di https://www.takafulcuepacscare.com/muat-turun
Lengkapkan senarai semak di bawah. Dokumen lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:
CUEPACSCARE4U SOLUTIONS SDN BHD
B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania,
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor darul Ehsan
Untuk mempercepatkan proses tuntutan anda, sila pastikan dokumen anda lengkap dan hubungi Pusat Khidmat Tuntutan di 03-3371 4248
JENIS-JENIS TUNTUTAN PROGRAM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI CUEPACS (PA) : JENIS 1
Jenis tuntutan 1 boleh dibuat apabila berlaku kematian
Tuntutan sehingga 220,000/440,000 (A/B)
1) Kematian Akibat Kemalangan Dalam Pengangkutan Awam
2) Lumpuh Dari Leher Ke Bawah Atau Hilang Kewarasan
Tuntutan sehingga 110,000/220,000 (A/B)
1) Kematian Akibat Kemalangan Dalam Pengangkutan Sendiri
2) Kematian Akibat Kemalangan Selain Daripada Yang Dinyatakan Di Atas
3) Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan (mengikut skala Manfaat Hilang Upaya Kekal)
Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan. Borang tuntutan boleh diperolehi di https://www.takafulcuepacscare.com/muat-turun
Lengkapkan senarai semak di bawah. Dokumen lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:
CUEPACSCARE4U SOLUTIONS SDN BHD
B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania,
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor darul Ehsan
Untuk mempercepatkan proses tuntutan anda, sila pastikan dokumen anda lengkap dan hubungi Pusat Khidmat Tuntutan di 03-3371 4248
Pihak jabatan boleh pilih secara PERCUMA untuk kursus-kursus di bawah
1) Persaraan dan Takaful
-Sesuai untuk penjawat awam yang ingin merancang untuk waktu persaraan kelak
- Modul berkenaan kepentingan CUEPACSCare & PA (Takaful) semasa sudah bersaraDaftar
2) Pengurusan Wang Bijak
- Sesuai untuk penjawat awam yang telah berumah tangga
- Modul berkenaaan cara mendapat penjimatan dengan menggunakan CUEPACSCare (Medical Card pelan Keluarga)
3) Kepentingan Takaful
- Tajuk umum yang sesuai untuk semua
4) Pengenalan CUEPACSCare & PA
- Tajuk umum yang sesuai untuk semua
5) Agihan Gaji secara Efektif
- Sesuai untuk yang baru masuk ke sektor kerajaan
- Modul berkenaan kelebihan Takaful kelompok CUEPACS berbanding Takaful Sektor swasta
Taklimat pendek biasanya dalam tempoh 15 minit.
Bagi Program Takaful Kamalangan Diri, CUEPACS PA, peserta layak mendapat manfaat jika berlaku Hilang Upaya Kekal akibat kemalangan.
Hilang Upaya Kekal boleh merujuk kepada pelbagai kecederaan. Manfaat yang boleh diterima bagi kecederaan pada lengan adalah berlainan dari manfaat yang boleh diterima bagi kecederaan pada jari.
Rujuk skala manfaat yang boleh dituntut dengan merujuk gambar di bawah
untuk mendaftar CUEPACS PA, sila klik link di bawah. https://wa.me/+60165693478?text=Saya%20ingint%20daftar%20CUEPACS%20PA
Pihak CUEPACSCare sangat mengalu-alukan jemputan dari mana-mana agensi kerajaan untuk membuat taklimat atau membuka booth penerangan.
Perkhidmatan yang disediakan ini adalah percuma, selaras dengan visi CUEPACSCare yang ingin memastikan semua penjawat awam tak kira jawatan mampu memiliki sekurang-kurangnya satu pelan Takaful.
Pihak yang berminat boleh imbas QR Code di sebelah atau klik link di bawah https://wa.me/+60165693478?text=Mohon%20Taklimat%20Jabatan
Pihak kami ada menyediakan penambahan khidmat dari yang sedia ada. Berikut adalah senarai perkhidmatan terkini:
1) Semakan Pelan Terkini
2) Semakan Kelayakan
3) Pendaftaran
4) Konsultasi
5) Taklimat ringkas
6) Telegram Support Group
Khidmat baharu
7) Taklimat Jabatan
Taklimat secara fizikal/atas talian/booth bagi Jabatan (Surat Kebenaran Taklimat akan dikeluarkan oleh CUEPACSCare (Medicare)
Penjawat awam dari Sarawak kini boleh juga melakukan potongan gaji melalui angkasa.
Berkuat kuasa pada 12 Oktober 2016 melalui PEKELILING KOPERASI BILANGAN : 11/ 2016, penjawat awam dari Sarawak cuma perlu mengisi Borang T228 (Borang Permohonan Allotment).
Borang ini perlu dihantar bersama borang angkasa kepada Medicare jika ingin mendaftar untuk CUEPACSCare dan CUEPACS PA.
Muat turun borang di link di sini
What people don't realize is that the term pre-existing condition is very wide. It is considered a pre-existing condition if it fits one of these criteria:
a) On-going treatment
b) receive consultation, diagnosis, care or treatment
c) Observable undeniable symptom
d) noticeable
Hence, it is really wise to take insurance early on in one's life before any of the symptoms appeared. Once considered pre-existing condition, that person can no longer claim treatment for the disease.
Skop perlindungan bagi CUEPACSCare adalah sangat luas
Tetapi keunikannya ada di Jenis Rawatan jenis kemalangan, Rawatan Dialisis buah pinggang dan kanser dimana ia boleh dibuat sebagai pesakit luar dan rawatan harian. Selalu kita dengar kalau nak medical card, kena warded kan?
Jom, sertai CUEPACSCare! Borang boleh didapati di lampiran di bawah
https://drive.google.com/file/d/1LeepMx9p5ERcyMcoUDMguy3SGJPDcuY6/view?usp=sharing
Pihak kami ada menyediakan penambahan khidmat dari yang sedia ada. Berikut adalah senarai perkhidmatan terkini:
1) Semakan Pelan Terkini
2) Semakan Kelayakan
3) Pendaftaran
4) Konsultasi
Khidmat baharu
5) Taklimat ringkas
Taklimat ringkas boleh diadakan dengan minima 3 orang. Slot taklimat selama 15 minit boleh dijalankan melalui gmeet.
Group telegram mengandungi Soalan-soalan lazim dari peserta CUEPACSCare dan admin yang akan cuba menjawab persoalan yang ditanyakan.
TUAN HAJI ADNAN BIN MAT
PRESIDEN CUEPACS
PERUTUSAN PRESIDEN CUEPACS BERKENAAN PROGRAM TAKAFUL KEMALANGAN DIRI CUEPACS PA
CUEPACS adalah Gabungan Kesatuan Sekerja Sektor Awam negara ini yang mempunyai peranan yang besar dalam menjaga kepentingan dan kebajikan kakitangan Kerajaan, bukan sahaja dari segi tuntutan kenaikan gaji, elaun dan kemudahan, tetapi juga dari segi kebajikan kakitangan Kerajaan dan keluarga
mereka.
CUEPACS kini telah memperkenalkan Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS (CUEPACS PA) yang mempunyai banyak keistimewaan tersendiri. Skim perlindungan ini adalah dengan kerjasama Zurich Takaful Malaysia Berhad.
Dalam perjalanan kehidupan kita seharian, seseorang individu itu berkemungkinan akan mendapat kemalangan atau kecederaan semasa atau di luar waktu bertugas. Melalui Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS ini, ianya akan dapat membantu diri sendiri dan keluarga apabila ditimpa kemalangan atau musibah tertentu dari segi meringankan bebanan kewangan.
Memandangkan sumbangan perlindungan ini tidak membebankan, maka saya berharap seluruh Anggota
Sektor Awam akan merebut peluang keemasan ini untuk melindungi diri sendiri serta keluarga tersayang.
PERUTUSAN PRESIDEN CUEPACS BERKENAAN PROGRAM TAKAFUL CUEPACSCare
CUEPACS yang mendukung slogan ‘’kebajikan dipelihara, produktiviti ditingkatkan’’ telah mengorak pelbagai langkah efisien dalam
meningkatkan kualiti hidup para Penjawat Awam selaras dengan produktiviti negara. Menyedari kepentingan kesihatan dan perlindungan diri yang menjadi asas kepada kualiti hidup serta
produktiviti, CUEPACS bermatlamat memastikan setiap warga Penjawat Awam memiliki sekurang-kurangnya satu perlindungan takaful agar mereka sentiasa bersedia menghadapi sebarang musibah.
CUEPACS difahamkan Program Takaful CuepacsCare telah memberi perlindungan kepada lebih 500,000 warga Penjawat Awam dan
sehingga kini lebih 99,000 peserta telah mendapat manfaat rawatan di hospital pakar swasta dengan jumlah tuntutan melebihi RM350 juta semenjak pelancarannya pada tahun 1999.
Program Takaful CuepacsCare adalah satu inisiatif untuk mewujudkan alternatif bagi Penjawat Awam bersama keluarga untuk mendapatkan rawatan di hospital pakar swasta pada kadar yang mampu disertai oleh semua warga Penjawat Awam.
Bagi mencapai objektif CUEPACS untuk terus memberi perlindungan takaful kepada setiap warga Penjawat Awam pada kadar sumbangan
serendah boleh, CUEPACS melalui Agensi Korporat, Medicare Assistance Sdn Bhd, telah mengambil keputusan untuk melantik Pengendali Takaful baharu, iaitu FWD Takaful Berhad untuk menaja jamin (underwrite) Program Takaful CuepacsCare.
CUEPACS difahamkan bahawa disebalik pelantikan baru ini, tiada perubahan ke atas Perjanjian Takaful sedia ada. Kadar sumbangan dan skop perlindungan juga masih kekal seperti biasa. Medicare Assistance Sdn Bhd juga masih kekal sebagai Pusat Pengurusan Setempat bagi Program Takaful CuepacsCare.
Adalah menjadi harapan CUEPACS, semoga dengan pelantikan Pengendali Takaful yang baru, warga Penjawat Awam akan terus menyertai Program Takaful CuepacsCare untuk menikmati manfaat perlindungan yang komprehensif dan pada masa yang samamenyumbang ke arah pembangunan negara.
Terdapat dua jenis pelan untuk CUEPACS PA (Program Takaful Kemalangan Diri bagi Penjawat Awam) iaitu Pelan A dan Pelan B.
Pelan A mempunyai kadar pampasan sehingga RM220,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM6.36 seorang. (1/4 atau/dan 1/2 kos untuk anak)
Pelan B mempunyai kadar pampasan sehingga RM 440,000 dengan bayaran bulanan sebanyak RM 12.72 seorang (1/4 atau/dan 1/2 kos untuk anak)
Pampasan yang dinyatakan akan diterima oleh pemilik premium atau waris yang dinamakan tanpa faraid/pusaka.
klik link di bawah untuk mendaftar pakej CUEPACS PA
Okay dalam CUEPACSCare, ada penyakit yang kita tidak dilindungi dalam 120 hari pertama polisi bermula.
Contohnya, jika seseorang itu ambil polisi bermula 1 Januari 2023, pada 30 April 2023 barulah polisi insuran mula melindungi untuk penyakit-penyakit yang disenaraikan di bawah.
Bukan semua penyakit, ada penyakit tertentu sahaja, tetapi kita sebagai pengguna harus peka hak dan risiko kita semasa mengambil Takaful ini.
Sebarang pertanyaan boleh ditujukan di link di bawah
CUEPACSCare adalah Program Takaful Penghospitalan dan Pembedahan di bawah FWD Takaful.
Takaful jenis kelompok di bawah CUEPACS ini ditawarkan melalui dua jenis pelan iaitu pelan individu dan pelan keluarga.
Jadual di bawah membandingkan kelebihan dan kelemahan antara kedua-dua pelan tersebut.
Untuk makluman lanjut, boleh berhubung dengan wakil CUEPACSCare dengan klik di pautan di bawah
https://wa.me/+60165693478?text=Saya%20berminat%20dengan%20CUEPACSCare
1. Bila sebut Takaful, ramai yang masih belum dapat gambaran penuh apa sebenarnya produk itu.
2. Sebenarnya, bayaran insuran itu secara amnya terbahagi kepada tiga iaitu hibah, medical card, ataupun savings.
3. Hibah, adalah pampasan yang diberikan jika berlaku sebarang kematian, HUPK & Penyakit terminat, kepada pemilik polisi atau waris
4. Medical Card pula adalah pembiayaan kos rawatan biasanya dengan penghospitalan.
5. Dan yang akhir sekali, savings adalah simpanan yang boleh ditebus pada masa yang ditentukan beserta keuntungan
6 Medicare dengan kerjasama CUEPACS menyediakan pakej hibah iaitu melalui CUEPACSPA dan pakej Medical Card melalui CUEPACSCare.
7. Untuk post kali ini, kita nak membandingkan antara dua jenis produk iaitu antara hibah dan medical card.
8. Kedua-duanya penting, sangat berguna, dan boleh digunakan di hari kesusahan. Cuma cara kita nak memanfaatkannya yang berbeza.
9. Skim medical card adalah lebih kepada preventif iaitu mencegah sebelum berlaku kecelakaan manakala skim hibah adalah lebih kepada reaktif iaitu tindak-balas setelah berlaku kecelakaan
10. Terpulanglah kepada individu untuk menilai produk mana yang sesuai dengan cara hidup, kewangan dan prinsip masing-masing.
11. Cuma untuk produk keluaran CUEPACS, murah la sedikit berbanding diluar sana, dan khas hanya untuk penjawat awam sahaja.
CUEPACS dan Medicare menyediakan dua produk takaful iaitu CUEPACSCare dan CUEPACS PA. Persamaan bagi kedua-dua produk adalah:
1) Tidak perlu medical check-up
2) Potongan gaji melalui Biro Angkasa (jika memohon kedua-dua produk serentak, hanya perlu gunakan 1 borang Angkasa)
3) Dihadkan untuk penjawat awam Peringkat persekutuan, Peringkat Negeri, Majlis tempatan dan Agensi Kerajaan.
Perbezaan antara kedua-dua produk tersebut boleh dirujuk di rajah di bawah
Klik link dibawah untuk memohon
https://www.takafulcuepacscare.com/info
CUEPACS dan Medicare menyediakan dua produk takaful iaitu CUEPACSCare dan CUEPACS PA. Persamaan bagi kedua-dua produk adalah:
1) Tidak perlu medical check-up
2) Potongan gaji melalui Biro Angkasa (jika memohon kedua-dua produk serentak, hanya perlu gunakan 1 borang Angkasa)
3) Dihadkan untuk penjawat awam Peringkat persekutuan, Peringkat Negeri, Majlis tempatan dan Agensi Kerajaan.
Perbezaan antara kedua-dua produk tersebut boleh dirujuk di rajah di bawah
Klik link dibawah untuk memohon
https://www.takafulcuepacscare.com/info
KAEDAH TUNTUTAN CUEPACSCare (CC)
Adalah sangat penting untuk pengguna CC untuk tahu kaedah-kaedah untuk tuntutan terutamanya kaedah 1
Kaedah 1 adalah apabila berlaku hospilitasi/prosedur. Biasanya, sebelum warded, pesakit perlu berjumpa dengan Doktor untuk screening.
Jika pergi ke Hospital Panel, Doktor akan membuat laporan kepada Medicare dan guarantee letter (GL) akan dikeluarkan.
Temujanji ini biasanya berasingan dari tarikh hospilitasi/prosedur jadi ia dianggap pra-penghospitalan.
Terdapat juga temujanji dengan Doktor selepas hospilitasi/prosedur untuk observation. Ia dinamakan pasca-penghospitalan.
Kos ini, harus dibayar terlebih dahulu, dan boleh dituntut kembali dengan mengisi borang tuntutan dan melengkapkan senarai semak seperti di bawah.
Borang tuntutan boleh diperolehi di sini
Dokumen lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:
CUEPACSCARE4U SOLUTIONS SDN BHD
B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania,
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor darul Ehsan
KAEDAH TUNTUTAN CUEPACSCare (CC) : Kaedah 2
Kaedah 2 adalah apabila pengguna CUEPACSCare mendapatkan rawatan di Hospital Bukan Panel.
Rawatan tetap akan dilakukan, tetapi Pihak Medicare tidak dapat mengeluarkan Guarantee Letter (GL).
Jadi, kos rawatan perlu dibayar oleh pengguna terlebih dahulu. Kos berkenaan boleh dituntut semula kepada Medicare (mengikut terma dan syarat polisi)
Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan. Borang tuntutan boleh diperolehi di https://www.takafulcuepacscare.com/muat-turun
Lengkapkan senarai semak di bawah. Dokumen lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:
CUEPACSCARE4U SOLUTIONS SDN BHD
B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania,
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor darul Ehsan
KAEDAH TUNTUTAN CUEPACSCare (CC) : Kaedah 3
Terdapat 3 jenis tuntutan bagi pengguna CC iaitu:
1) Tuntutan Pra & Pasca penghospital
2) Tuntutan Rawatan Kemasukan Hospital (rawatan di Hospital Bukan Panel)
3) Tuntutan Elaun Tunai Harian (Hospital Awam Sahaja)
Kaedah 3 adalah apabila pengguna CC dihospilitasi di Hospital Awam.
Elaun tunai sebanyak RM50 sehari akan diberikan oleh CUEPACSCare bagi setiap hari sehingga pengguna discaj
Tuntutan boleh dibuat dengan mengisi borang tuntutan. Borang tuntutan boleh diperolehi di https://www.takafulcuepacscare.com/muat-turun
Lengkapkan senarai semak di bawah. Dokumen lengkap boleh dihantar ke alamat berikut:
CUEPACSCARE4U SOLUTIONS SDN BHD
B-5-3A, Pusat Perdagangan Intania,
Jalan Intan 1/KS1, Persiaran Raja Muda Musa, 41200 Klang, Selangor darul Ehsan
Khidmat nasihat dan pendaftaran biasanya dijalankan melalui taklimat secara fizikal ke Jabatan.
Namun bagitu, tidak semua penjawat awam mampu memberi komitmen masa untuk hadir ke taklimat atau booth.
Selaras dengan kemudahan teknologi yang ada, pihak kami ada menyediakan beberapa khidmat yang boleh dibuat secara atas talian, sesuai untuk pekerja-pekerja yang tidak sempat untuk hadir ke taklimat/bengkel.
Berikut adalah khidmat yang disediakan buat masa kini:
1. Semakan Pelan
Tuan/Puan boleh menyemak:
- Pelan CUEPACSCCare sedia ada
(CUEPACSCare pelan Keluarga/individu)
-Pelan CUEPACS PA sedia ada
(Pelan A/B dan bilangan peserta dan penama)
2. Semakan Kelayakan
Tuan/Puan boleh semak kelayakan untuk mendaftar program CUEPACSCare/CUEPACSCPA
3. Pendaftaran
4, Konsultasi
Untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan produk, boleh mohon konsultasi secara personal (whatsapp/gmeet/call/f2f)
Tawaran Terhad kepada Kakitangan yang sedang bertugas di Universiti Awam di Malaysia
MyCuepacsCare dan Gabungan Majlis Presiden dan Setiausaha Kehormat Kesatuan Kakitangan Universiti Awam Malaysia (GAKUM) menandatangani satu memorandum persefahaman (MoU).
MoU berkenaan melayakkan penjawat awam di 20 Universiti Awam di Malaysia untuk mendapat harga promosi bagi Takaful Penghospitalan dan Pembedahan (CUEPACSCare) pelan keluarga dan pelan individu.
Pelan keluarga yang biasanya ditawarkan dengan harga RM 106 sebulan boleh diperolehi dengan nilai rendah RM85 sahaja manakala pelan individu pula dikurangkan dari RM 40 ke RM 32 sebulan.
Rebut peluang ini dengan mendaftar CUEPACSCare promosi Universiti Awan dengan menekan pautan di bawah
https://wa.me/+60165693478?text=CC%20Promo%20Universiti%20
CUEPACSCare (CC) tak perlu buat medical check up?
Kita selalu dengar selling point agen, CC ni tak perlu medical check-up. betul ke? Jawapannya, ya tak perlu.
Tetapi pemohon masih perlu isi maklumat kesihatan dengan jujur di bahagian F (Maklumat Kesihatan) dalam borang CC.
Dengan mengisi kondisi kesihatan kita di sini, penyakit yang kita nyatakan akan dikategorikan sebagai penyakit sedia ada dan tidak akan dilindungi oleh polisi CC.
Maklumat lanjut berkenaan pre-existing condition boleh diperoleh di laman web cuepacscare di https://cuepacscare.my/maklumat-lengkap-pengecualian/
Akad bagi Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS PA
Akad penting wajib ada bagi setiap produk takaful selaras dengan peruntukan di bawah Akta Takaful 1984. Klik sini untuk maklumat
Akad bagi Takaful CUEPACSCare
Amalan Takaful patuh syariah biasanya menggunakan gabungan dua jenis akad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (agensi).
Operasinya perlu bebas daripada sebarang unsur riba, maisir dan gharar.
Berikut dilampirkan akad yang akan digunakan bagi setiap pemegang takaful CUEPACSCare.
Akad ni ada dalam borang pendaftaran. Korang boleh tengok borang dekat link ni
Bacaan 5-7 minit (1
Ekstrak dari laman web JAKIM berkenaan Takaful
1. Takaful ialah, suatu skim yang berdasarkan prinsip ta`awun, jamin menjamin atau bantuan bersama.
Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian.
2. Takaful adalah sebahagian daripada institusi kewangan Islam yang menyediakan perkhidmatan perlindungan kewangan berlandaskan Islam.
Ia adalah sebahagian daripada kerangka Sistem kewangan yang ada seperti perbankan Islam dan Pasaran Modal Islam.
3. Perbezaan antara Operasi Takaful dan insurans konvensional adalah berdasarkan prinsip-prinsip kebersamaan, di mana setiap peserta membuat sumbangan untuk dana takaful. Sekiranya terjadi kerugian, peserta akan menerima jumlah tuntutan tersebut.
Tidak seperti insurans konvensional, di mana risiko dipindahkan daripada pemilik insurans kepada syarikat insurans, risiko takaful dikongsi bersama-sama oleh para peserta.
Perbezaan antara takaful dan insurans konvensional boleh dilihat di jadual di bawah.
4. Takaful yang patuh syariah adalah yang beroperasi tanpa unsur riba (faedah), maisir (perjudian) dan gharar (ketidakjelasan)
5. Amalan Takaful yang dipraktikkan sekarang menggunakan gabungan dua jenis akad (kontrak) utama. Ianya adalah kontrak Tabarru’ (derma) dan Wakalah (agensi)
6. Bagi CUEPACSCare, pecahan Tabarru dan wakalah dinyatakan dengan jelas dinyatakan pada 20.50% daripada jumlah bulanan iaitu RM8.20 dan wakalah ditetapkan pada RM79.67. (pengiraan berdasarkan pelan keluarga dengan sumbangan bulanan sebanyak RM106)
7. Dengan adanya pelbagai produk takaful di pasaran, adalah wajar bagi kita yang beragama islam untuk memilih takaful berbanding insuran konvensional. CUEPACSCare adalah salah satu pilihan yang sesuai untuk pilihan itu.
Klik link di bawah untuk mendaftar CUEPACSCare. (terhad kepada penjawat awam, terbuka untuk non-muslim juga)
Rujukan:-
https://e-muamalat.islam.gov.my/en/soalan-lazim/takaful
Boleh lihat di sini manfaat yang boleh digunakan apabila pemilik polisi menjalani:
1. Penghospitalan
2, Pembedahan
3. Prosedur selain pembedahan
4. Kemalangan
Yang biasa dibandingkan, adalah kos bilik.
CUEPACSCare menanggung sehingga RM150 semalam
Wajarlah dipertimbangkan perlindungan CUEPACSCare ini, sangat bermanfaat.
Ada juga yang bertanya macam mana jika kita nak berhenti dari melanggan CUEPACSCare. Mungkin ada jumpa takaful lain, ataupun kekangan kewangan jadi ingin berhenti buat sementara. Apa pun sebabnya, Tuan layak untuk memohon pembatalan polis. Caranya mudah sahaja iaitu dengan menulis surat pembatalan polisi kepada Medicare. Contoh surat boleh diambil di link di sini
Pihak Medicare ada menyediakan khidmat taklimat kepada agensi-agensi Kerajaan berkenaan produk takaful CUEPACSCare.
Namun begitu, tak semua agensi mempunyai kapasiti untuk menyediakan masa, tempat dan anggota untuk menghadiri taklimat tersebut.
Oleh demikian, pihak CUEPACSCare membuat insiatif hebahan risalah secara atas talian untuk memudahkan proses pendaftaran bagi anggota yang tidak dapat menyertai taklimat.
Hebahan risalah boleh dimuat turun di lpautan di bawah untuk hebahan oleh agensi yang berminat.
Jika dibandingkan dengan insuran lain diluar sana, Takaful CUEPACSCare ini masih baru. Namun begitu, bilangan Hospital Panel yang berdaftar dibawah CUEPACSCare makin bertambah. Berikut adalah senarai Hospital Panel yang boleh digunakan untuk menuntut Guarantee Letter (GL) mengikut negeri ya.
Yang berminat boleh isi borang di sini ya
Korang boleh tengok list syarikat insuran mana yang ada menyediakan khidmat takaful.
CUEPACSCare menggunakan khidmat FWD Takaful Berhad.
CUEPACS PA menggunakan khidmat Zurich Takaful Malaysia Berhad.
https://www.bnm.gov.my/regulations/fsp-directory
Pelan Perlindungan Kemalangan CUEPACS PA adalah perlindungan kewangan untuk kematian atau kecacatan peserta akibat kemalangan. Peserta boleh menggunakan kaedah wasi ataupun hibah untuk calunkan penama. Penama yang dicalunkan melalui hibah, akan menerima pampasan secara terus tanpa melalui proses faraid. Maklumat lanjut boleh berhubung dengan agen dengan menekan link di bawah
CUEPACSCare ni konvensional ke islamik?
Jawapannya adalah islamik. CUEPACSCare menggunakan konsep takaful jadi urusan jual-belinya bebas dari Gharar (Keraguan), RIba dan Maisir (judi). CUEPACSCare ni, produk di bawah FWD Takaful Berhad, syarikat takaful yang berdaftar.
Korang boleh semak insurance provider mana yang patuh syariah dekat sini
Pelan Takaful Penghospitalan dan pembedahan khas hanya untuk Penjawat Awam
Hasil kerjasama CUEPACS dan Medicare, CUEPACSCare adalah skim takaful jenis kelompok (skim keluarga) yang mempunyai struktur dan kadar yang sama tidak mengira pangkat, jawatan dan tahap kesihatan.
Antara kelebihannya adalah:
Individu + Pasangan + Semua anak (tiada had) RM106 sebulan sahaja
Tidak perlu medical check-up
Bayaran bulanan mudah melalui potongan gaji (Biro Angkasa)
Perlindungan sehingga RM 60,000 setahun untuk Hospital Swasta
Elaun tunai harian RM50 jika masuk Hospital Kerajaan
boleh download di sini
Takaful CUEPACSCare ni cuma tawarkan dua jenis perlindungan iaitu jenis individu dan jenis keluarga. Kedua-dua jenis ada kelebihan dan kekurangannya.
Untuk perlindungan jenis keluarga, kita dapat perlindungan sekeluarga dalam satu skim. Jadi, tidak perlu membeli untuk setiap seorang individu dalam keluarga. Jimat banyak tu. Tambahan pula keluarga yang ada ramai anak, semuanya layak membuat tuntutan penghospital bila mana-mana anak memerlukannya
Untuk perlindungan jenis individu, perlindungannya cuma seorang sahaja tetapi dengan hanya jumlah bayaran RM 40, boleh dapat tuntutan sehingga RM 40,000. Sangat sesuai untuk yang baru mula bekerja. Pakej boleh sahaja dipinda jadi keluarga bila dah berkahwin nanti
Ha, kita boleh lihat di sini, bukan setakat masa warded je CUEPACSCare cover, check up sebelum warded dan follow-up selepas warded pun kita boleh claim balik dari CUEPACSCare
Salah satu keunikan CUEPACSCare adalah perlindungan luar Wad. Selalu kita dengar kalau nak claim insuran kena warded dulu kan? tapi dengan CUEPACSCare, untuk kes kemalangan,pembedahan, dialisis dan kanser boleh dibuat secara Pesakit Luar & Rawatan Harian (Daycare & Out-patient)
CUEPACSCare merupakan medical card mampu milik
1. Pelan Keluarga bernilai RM 106 sebulan merangkumi semua ahli keluarga termasuk anak angkat
2. Pelan individu serendah RM 40 sesuai untuk pegawai yang baru mula bekerja
Kad CUEPACSCare boleh digunakan di mana-mana hospital di seluruh Malaysia. Daftar sekarang di link di bawah
Assalamualaikum. Nama saya Mohd Nur Faiz dan saya adalah agen berdaftar dibawah CUEPACSCare.
Tujuan saya membuat Page ini adalah untuk berkongsi maklumat berkenaan kebaikan takaful CUEPACSCare ini kepada orang ramai.
Saya sendiri telah melanggan skim takaful CUEPACSCare sejak tahun 2019 dan sangat berpuas hati dengan perkhimatan yang disediakan.
1. Yang amat menarik berkenaan CUEPACSCare adalah kadar premiumnya lebih rendah berbanding takaful lain di luar sana.
Hal ini kerana CUEPACSCare diselia oleh Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) dan mendapat peruntukan khas dari Kerajaan atas visi kerajaan yang menginginkan setiap penjawat awam mampu memiliki sekurang-kurangnya satu skim takaful.
2. Oleh demikian, pelbagai kelonggaran disediakan oleh CUEPACSCare yang tidak ada pada skim insuran lain.
a) tiada medical check up diperlukan untuk mendaftar ke skim CUEPACSCare.
Hal ini kerana setiap penjawat awam telah menjalani semakan kesihatan semasa lapor diri ke perkhidmatan awam.
b) kadar premium adalah sama untuk semua tak kira pangkat, tahap kesihatan, dan jenis pekerjaan. Selalunya untuk takaful lain, kadar premium akan meningkat dengan usia dan jika tahap kesihatan merosot, atau pekerjaan yang merbahaya seperti polis.
c) bayaran premium dibuat melalui potongan gaji bulanan (payslip) melalui Biro Angkasa.
3. CUEPACSCare menyediakan 2 skim sahaja iaitu pelan individu dan pelan keluarga.
a) Pelan individu hanya melindungi diri sendiri, sesuai untuk pegawai yang baru bekerja kerana bayaran bulannya murah sahaja iaitu RM 40.
b) Skim kedua adalah pelan keluarga yang memberi perlindungan secara kelompok terhadap individu, pasangannya, dan semua anak-anaknya tanpa had.
4. Kebanyakan pelan insuran lain tidak mempunyai skim kelompok ini, dan kita perlu mengambil pelan individu untuk setiap ahli keluarga.
5. Dengan CUEPACSCare, semua berkongsi dalam satu polisi yang mampu milik dengan harga RM 106 sahaja.
Jika dibandingkan dengan pelan individu, jika seorang individu dan pasangan beserta satu anak sahaja akan mengambil kos RM 120 (RM40x3) iaitu lebih mahal dari skim keluarga. Jika ada lebih dari satu anak, kadar penjimatan adalah sangat besar.
6. Saya membuat keputusan untuk mengambil skim keluarga semasa saya mula berkahwin dan alhamdulillah, sampai sekarang anak kedua saya dapat manfaat dari skim perlindungan berkenaan.
7. Saya biasanya menggunakan manfaat penghospital untuk anak pertama saya yang memerlukan nebulizer akibat asma.
Jika ingin melalui perkhidmatan kesihatan kerajaan, nebulizer hanya boleh didapati di bahagian kecemasan sahaja, dan tempoh menunggunya sangat lama kerana dianggap kes ringan.
Dengan CUEPACSCare, saya dapat memberi rawatan dengan pantas kepada anak saya dan semua kos penghospitalan adalah ditanggung oleh pelan keluarga yang telah saya ambil bawah CUEPACSCare.
8. Oleh demikian, saya rasa seeloknya saya cuba war-warkan peluang ini kepada rakan-rakan agar mereka juga dapat menikmati kelebihan ini.
Jadi saya mendaftar sebagai agen CUEPACSCare supaya dapat memberikan perkhidmatan lebih teratur dan menyeluruh kepada sesiapa yang berminat.
Disclaimer:
Saya kerap membaca komen yang menyatakan CUEPACSCare sukar untuk claim.
saya tidak bersetuju kerana selalunya, bukanlah isu claim yang sukar, tetapi pengetahuan macam mana nak negotiate dengan panel insuran dan doktor yang menentukannya.
Dan untuk perkara sebegitu, saya beri jaminan, saya akan berkongsi pengalaman saya dan membantu tuan-puan dalam setiap proses yang dilalui.